IMPAK MEDIA BARU KEPADA KOMUNITI SOSIAL
Media Baru mempunyai peranan yang penting dalam menyalurkan maklumat tidak kira sama ada maklumat tersebut tepat dan benar atau maklumat tersebut hanyalah persepsi, spekulasi dan provokasi tanpa bukti yang sahih. Media Baru ini terlalu luas ruang lingkupnya dan antara yang tersohor seperti blog, facebook dan twitter.
Kemajuan dalam teknologi komunikasi yang membawa kepada peningkatan penggunaan internet, telefon mudah alih dan sambungan tanpa wayar yang juga disebut sebagai media baru memudahkan penyaluran maklumat secara cepat dan bebas.
Kita perlu menilai bagaimana teknologi komunikasi maklumat terutama sekali penggunaan blog dan akses kepada portal berita internet, telah membuka ruang kepada suara-suara pembantahan (dissenting voices) dalam masyarakat untuk mempopularkan idea-idea alternatif yang sebelum ini tidak mendapat liputan meluas dalam media cetak.
Secara khusus kita perlu menganalisa wacana kontrak sosial dan kedudukan Islam di Malaysia yang disiarkan dalam Malaysia kini dan Malaysia Today, iaitu dua portal berita internet popular di Malaysia, untuk melihat bagaimana idea-idea alternatif telah dikemukakan oleh suara-suara pembantahan dalam masyarakat bagi menandingi ideologi pengabsahan pemerintah.
KELEBIHAN
- Pemberi maklumat dan hiburan kepada masyarakat
- Teknologi baru mampu memberi masyarakat pelbagai maklumat dan pelbagai hiburan secara serentak. Hal ini kerana konsep penggabungan yang terdapat pada teknologi baru telah menyebabkan teknologi ini mampu menggabungkan pelbagai medium menjadi satu medium yang baru. Contohnya, kewujudan laman sesawang seperti www.youtube.com telah membolehkan masyarakat mendapatkan maklumat mengenai sesebuah kejadian yang tidak dipaparkan secara langsung atau sesebuah kejadian yang telah berlalu tetapi boleh didapati melalui laman sesawang ini yang menyimpan berjuta-juta video daripada seluruh dunia.
- Teknologi membuka ruang sfera awam kepada masyarakat untuk menyuarakan sebuah konsep dalam konteks semasa yang menerangkan tentang keadaan masyarakat masa kini yang membincangkan mengenai bagaimana dan apa yang menyebabkan sesuatu perkara itu berlaku. Selain itu, konsep sfera awam ini juga boleh digunakan untuk menerangkan tentang perkara yang biasa terjadi atau tatacara semulajadi.
Kewujudan teknologi baru yang juga menyebabkan kewujudan laman sesawang www.blogger.com pada tahun 2003 telah membolehkan masyarakat meluahkan segala rasa atau pendapat mereka mengenai sesuatu perkara dalam laman web tersebut. Selain itu, masyarakat juga boleh menggunakan medium untuk meluahkan minat mereka atau dijadikan kehidupan seharian mereka.
KEBURUKAN
- Teknologi mampu memberi kesan sosial yang negatif
- Kebolehan masyarakat mengakses pelbagai maklumat telah menyebabkan sebahagian masyarakat telah menyalahgunakan medium tersebut untuk mendapatkan maklumat terlarang seperti seks, keganasan yang terlampau dan sebagainya. Walaubagaimanapun, Teknologi merupakan medium yang mempunyai pengaruh yang tinggi dalam mendidik masyarakat. Oleh itu, Nicholas Johnson mengeluarkan pernyataan yang bermaksud " semua teknologi adalah teknologi yang mendidik tapi persoalannya apakah yang dididik oleh teknologi tersebut kepada masyarakat?". Peryataan tersebut telah menunjukkan teknologi mempunyai pengaruh yang hebat dalam mendidik masyarakat tetapi ia terpulang kepada masyarakat itu sendiri. Contohnya, kebebasan dalam mengakses ke laman sesawang porno tanpa mengira usia telah menyebabkan jumlah kes pembuangan bayi kian meningkat. Keadaan ini disebabkan oleh kegagalan masyarakat untuk menggunakan medium ini dengan betul dan telah menyebabkan teknologi memberi kesan yang negatif kepada masyarakat.
2. Teknologi mengawal kesedaran masyarakat
- Peranan utama teknologi adalah untuk menyebarkan maklumat kepada masyarakat mengenai sesuatu perkara yang berlaku. Namun, sumber maklumat yang beribu-ribu telah menyebabkan masyarakat secara tidak sedar menerima segala maklumat tersebut tanpa menapis maklumat itu sama ada ia benar atau tidak. Contohnya, penyebaran video mengenai seorang budak perempuan Cina yang dilanggar dan tidak dihindarkan oleh masyarakat telah menyebabkan masyarakat yang mengetahui isu itu menyalahkan masyarakat Cina kerana tidak berperikemanusiaan. Namun, kebenarannya terjawab apabila beberapa akhbar online menyatakan bahawa peraturan negara China sendiri yang menetapkan peraturan setiap kemalangan yang dibantu oleh individu tersebut perlu menanggung kesemua kos perubatan dan sebagainya yang melibatkan mangsa yang dibantunya. Hal ini menunjukkan bahawa minda masyarakat mampu dikawal oleh teknologi melalui lambakan maklumat yang disediakan oleh medium teknologi tersebut.